TERMA DAN SYARAT
 
1. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh lawatan;

2. Para pelawat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PKPMP seperti berikut:-
     a. Etika Pakaian Pelawat - Berpakaian sopan dan tertib;
     b. Bilangan peserta bagi setiap sesi lawatan adalah tidak melebihi lima puluh (50) orang peserta dan tertakluk kepada kelulusan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia;

3. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mempunyai budi bicara untuk menjadualkan semula tarikh lawatan yang telah diluluskan.;